Cari:
Li Keqiang Kemukakan Cadangan Tingkatkan Kerjasama Ekonomi GMS
2014-12-21 14:59:15 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menghadiri upacara perasmian Mesyuarat Pemimpin ke-5 Kerjasama Ekonomi Subkawasan Sungai Mekong Besar (GMS) di Bangkok, Thailand pagi semalam. Pemimpin-pemimpin dari Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos dan Vietnam serta Gabenor Bank Pembangunan Asia (ADB) turut menghadiri mesyuarat tersebut. Para pemimpin telah bertukar-tukar pendapat dan mencapai persepakatan yang meluas bagi meningkatkan kerjasama dan kesalinghubungan di rantau ini.

Li Keqiang ketika menyampaikan ucapan berkata, pemulihan ekonomi sejagat kurang kuat, di samping itu, Asia turut menghadapi tekanan yang besar. Namun Asia tetap merupakan kawasan yang paling dinamik di dunia.

Beliau berkata, China akan terus mengamalkan dasar pembangunan damai, memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta menyokong integrasi ASEAN. Beliau telah mengemukakan lima cadangan bagi memperkasakan kerjasama serantau dengan lima negara tersebut. Cadangan itu termasuk meningkatkan kerjasama dalam infrastruktur; membaharui kaedah kerjasama perindustrian; meningkatkan sokongan terhadap kerjasama perdagangan dan pelaburan; memangkinkan pembangunan kesejahteraan masyarakat; dan meningkatkan taraf keterbukaan dan penyelarasan kerjasama serantau.

Para peserta bersetuju dengan cadangan Li Keqiang dan menyataan kesungguhan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi Asia bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China