Presiden China, Xi Jinping mengakhiri lawatannya di Makau setelah menghadiri pelbagai aktiviti sambutan ulang tahun ke-15 pengembalian Makau ke pangkuan tanah air, dan balik ke Beijing petang semalam.
Semasa di Makau, Presiden Xi telah menhadiri majlis sambutan ulang tahun ke-15 pengembalian Makau ke tanah air China yang juga upacara angkat sumpah kerajaan penggal ke-4 Wilayah Pentadbiran Khas Makau. Selain itu, beliau telah ditemui Ho Hau-wah, Chui Sai On serta beberapa pegawai kerajaan dan tokoh pelbagai lapisan masyarakat Makau. Xi Jinping juga telah meninjau badan kerajaan pusat China ke Makau dan pasukan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) yang ditempatkan di wilayah tersebut.