Cari:
Poroshenko: Wujud Kedamaian Melalui Ketenteraan, Diplomasi
2015-01-06 15:16:12 CRI Cetak

Ukraine akan berusaha memulihkan pemerintahan dan mewujudkan kedamaian di kawasan yang "diduduki" melalui ketenteraan dan diplomasi, demikian kata Presiden Petro Poroshenko semalam.

Menurut beliau, tentera Ukraine telah membaiki kelengkapan dan meningkatkan daya bertempur semasa gencatan senjata di wilayah timur. Tahun 2015 akan menjadi "tahun kemenangan" dan "tahun kedamaian" kepada Ukraine.

Pada hari yang sama, Poroshenko menyerahkan lebih seratus senjata berat kepada tentera Ukraine di wilayah Zhitomir. Senjata tersebut akan digunakan untuk operasi antikeganasan di timur Ukraine.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China