Cari:
Putin, Merkel Bincang Isu Ukraine
2015-01-11 16:34:58 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Canselor Jerman, Angela Merkel dalam perbincangan melalui telefon semalam sekali lagi menegaskan bahawa kedua-dua pihak bersedia terus menggalakkan penyelesaian krisis Ukraine secara damai.

Putin berkata, mentaati perjanjian gencatan senjata dan menyediakan sokongan untuk pembangunan semula di tenggara Ukraine merupakan tugas yang paling penting pada masa ini. Selain itu, phak berkuasa Ukraine perlu mengadakan dialog secara langsung dengan wakil dari Donetsk dan Luhansk.

Kedua-dua pemimpin ini turut menegaskan peri pentingnya melaksanakan Perjanjian Minsk dan mengadakan rundingan membabitkan menteri luar Ukraine, Rusia, Perancis dan Jerman.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China