Cari:
Abe Digesa Menaati "Ucapan Murayama"
2015-01-25 15:31:52 CRI Cetak

Pemimpin pelbagai parti di Jepun semalam masing-masing mempersoalkan "ucapan Abe" dan menggesa Shinzo Abe menaati semangat "ucapan Murayama".

Shinzo Abe dalam rancangan TV NHK pagi semalam berkata, "ucapan Abe" yang dijangka dikeluarkan sempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II, tidak akan menyalin sahaja perkataan kunci dalam "ucapan Murayama" seperti "pemerintahan penjajahan" dan "pencerobohan". Beliau akan menerangkan fahaman dan kesedaran dari segi yang lain tentang perang pada 70 tahun yang lalu.

Sikap Abe tersebut terus dikritik oleh pemimpin pelbagai parti yang lain di Jepun.

Pemimpin Parti Komeito Baharu, Natsuo Yamaguchi menyatakan, "menyingkap kembali pemerintahan penjajahan dan pencerobohan" merupakan isi kandungan yang penting dalam "ucapan Murayama" yang patut diambil kira sepanjang persiapan Ucapan Ulang Tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China