Cari:
AS Galakkan Jepun Selesaikan Masalah Sejarah Melalui Dialog
2015-01-07 14:55:22 CRI Cetak

AS menggalakkan Jepun mengadakan dialog dengan negara-negara jiran bagi menyelesaikan masalah sejarah. Jurucakap Jabatan Negara AS, Jen Psaki berkata demikian dalam sidang media Isnin lalu.

Menurut beliau, kenyatakan permohonan maaf mantan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama dan kenyataan mantan Ketua Setiausaha Kabinet, Kouno Yohei merupakan perkara penting dalam membaiki hubungan Jepun dengan negara-negara jiran. Perdana Menteri, Shinzo Abe dalam sidang media sempena tahun baharu berkata, beliau akan menerima ucapan Tomiichi Murayama berkenaan dengan perkara tersebut. Sikap beliau itu telah memberikan isyarat perdamaian dan kestabilan di rantau Asia-Pasifik dan dunia.

Jurucakap Kementeian Luar China, Hong Lei semalam berkata, China berharap Jepun akan menunaikan janjinya berkaitan dengan masalah sejarah dan mengambil tindakan yang praktikal untuk mewujudkan pembangunan secara damai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China