Cari:
Operasi Banteras Dadah China-Laos-Myanmar-Thai
2015-02-08 15:54:37 CRI Cetak

Operasi membanteras dadah "laluan pelayaran aman" kali kedua yang melibatkan China, Laos, Myanmar dan Thailand telah dimulakan pada 15 Januari yang lalu. Operasi kali ini amat berhasil dengan menyaksikan pembongkaran 590 kes, seramai 841 suspek ditangkap dan pelbagai jenis dadah dalam bilangan besar dirampas.

Utusan khas Presiden China yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Meng Jianzhu telah membuat tinjauan ke pusat arahan penyelarasan operasi tersebut. Menurutnya, China amat menyokong operasi seumpama itu dan akan terus meningkatkan sokongan dari segi dana dan teknikal bagi membanteras dadah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China