Guangxi perlu memperkasakan kerjasama dengan ASEAN dan membina platform inklusif bagi meningkatkan keterbukaannya.
Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping, ketika menghadiri sesi perbincangan dengan perwakilan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dari Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi semalam.
Menurut beliau, peranan Guangxi semakin penting dalam pelaksanaan dasar pintu terbuka China seiring dengan inisiatif untuk menggalakkan pembinaan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim. Hal ini turut memberikan peluang pembangunan kepada wilayah tersebut. Guangxi perlu membentuk pola baharu kerjasama dengan menitikberatkan pengubahsuaian kaedah pembangunan ekonomi serta penyusunan semula struktur ekonomi.