Cari:
Sidang Pleno ke-2 NPC
2015-03-09 15:05:54 CRI Cetak

Sidang pleno ke-2 Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 diadakan di Dewan Besar Rakyat petang semalam. Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhang Dejiang membentangkan laporan kerja dalam sidang tersebut. Sidang itu turut mendengar dan membahaskan draf pindaan Undang-undang Legislasi.

Zhang memperincikan kerja-kerja utama NPC pada tahun 2015 termasuk menyempurnakan sistem undang-undang sosialis bercirikan China yang berteraskan perlembagaan, meningkatkan penyeliaan terhadap pelaksanaan undang-undang, memperkasakan hubungan luar NPC serta meningkatkan pembinaan Jawatankuasa Tetap NPC.

Naib Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Li Jianguo turut menerangkan kandungan draf pindaan Undang-undang Legislasi dari enam aspek.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China