Tokoh-tokoh dari negara-negara ASEAN memuji gagasan China untuk membina Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim, yang dikenali sebagai "Satu Jalur, Satu Laluan". Mereka berharap dapat memperkasakan kerjasama dengan negara ini demi pembangunan dan kemakmuran bersama.
Naib Presiden akhbar Asia News Time berkata, "Satu Jalur, Satu Laluan" merupakan satu pelan menang-menang yang saling menguntungkan, bersifat bekerjasama dan membangun bersama-sama.
Pakar isu antarabangsa dari Universiti Binus Indonesia, Johannes berkata usaha China untuk mendorong kesalinghubungan dan kerjasama maritim serantau melalui pembinaan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 akan membantu Indonesia merealisasikan matlamat menjadi gergasi maritim. Indonesia berharap dapat menyertai rangka kerjasama China demi pembangunan negara.
Penganalisis politik Indonesia, Bambang Suryono pula berkata, pembinaan "Satu Jalur, Satu Laluan" akan meningkatkan perdagangan dan hubungan persahabatan antara China dengan negara-negara yang terlibat dan mewujudkan kemakmuran bersama.