Persidangan ke-3 Jawatankuasa kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) berakhir selepas pelbagai agenda diselesaikan pada hari ini. Persidangan yang diadakan seketika pelan "empat komprehensif" diperkasakan ini dianggap amat signifikan dalam sejarah CPPCC.
Tahun ini merupakan tahun yang penting untuk memperincikan pembaharuan secara komprehensif serta tahun pertama untuk melaksanakan pentadbiran negara berasaskan undang-undang secara komprehensif. CPPCC berperanan sebagai saluran penting untuk mengadakan permesyuaratan demokrasi dan badan permesyuaratan khas bagi membincangkan isu-isu penting, mendengar pendapat dan cadangan dalam kalangan masyarakat, menyampaikan tuntutan rakyat serta berkongsi pengalaman.
Sebagai penasihat utama kerajaan, CPPCC akan memberikan sumbangan yang lebih besar dalam pelaksanaan pelan "empat komprehensif".