Cari:
China Alu-Alukan Keanggotaan Britain dalam AIIB
2015-03-14 16:47:02 CRI Cetak

Britain mengemukakan permohonan secara rasmi kepada China untuk menganggotai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) sebagai anggota pengasas pada Khamis lalu. Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam menyatakan, pihaknya mengalu-alukan keputusan Britain tersebut.

Menurut beliau, operasi dan pengelolaan AIIB akan berpegang kepada prinsip terbuka, telus, inklusif, bertanggungjawab dan saksama. Selain itu, AIIB akan melengkapi bank pembangunan multilateral yang sedia ada serta menyokong pembangunan infrastruktur dan ekonomi di Asia.

Berhubung dengan laporan bahawa AS sedang memujuk beberapa negara lain supaya tidak menyertai AIIB, Hong berkata, AIIB bukan sahaja akan merangsang pertumbuhan ekonomi di Asia, tetapi juga memberikan manfaat kepada seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China