Cari:
Dasar Terhadap HK Kekal
2015-03-15 15:40:28 CRI Cetak

Kerajaan pusat akan terus menyokong kerajaan dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang. Kerajaan pusat juga akan meningkatkan sokongan kepada Hong Kong agar wilayah tersebut terus memainkan peranan yang unik dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta modenisasi negara.

Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam sidang media selepas persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) berakhir hari ini.

Menurut beliau, "satu negara, dua sistem", "penduduk Hong Kong mentadbir Hong Kong", "penduduk Makau mentadbir Makau" serta "autonomi bertaraf tinggi" merupakan dasar asas kerajaan China. Kerajaan pusat tidak akan mengetatkan dasar terhadap Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China