Cari:
Pasaran Produk Halal China Berpotensi Besar
2015-05-18 14:34:22 CRI Cetak

Pasaran produk halal di China yang mencatatkan pengeluaran bernilai USD 1 trilion setiap tahun, berpotensi besar untuk diterokai.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Halal Teluk (GHC), Asad Sajjad ketika menghadiri latihan pensijilan halal antarabangsa yang diadakan sempena Pameran Makanan dan Produk Halal Antarabangsa Qinghai China pada 17 Mei lalu.

Lebih 20 juta orang umat Islam, yang menduduki lebih 70% jumlah penganut Islam di China, tinggal di bahagian barat laut negara ini. Walaupun industri halal di China mengekalkan pertumbuhan pada kadar lebih 10% dalam beberapa tahun kebelakangan ini, namun jumlah perdagangan makanan dan barang-barang halalnya tidak sampai USD 100 bilion pada tahun 2014.

Menurut Asad, piawaian pensijilan halal yang berbeza menyebabkan China gagal disenaraikan sebagai salah sebuah negara pengeksport utama produk halal di dunia. Hanya dengan mendapatkan pensijilan halal antarabangsa, barulah produk halal China dapat memasuki pasaran antarabangsa dan diterima oleh dunia Islam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China