Kapal persiaran, Norwegian Dawn yang terdampar di Bermuda berlepas menuju ke Boston selepas sistem sterengnya dibaiki pagi semalam.
Kapal yang membawa 2,675 orang penumpang dan 1,062 anak kapal itu terlanggar terumbu pada Selasa lalu. Namun tiada kecederaan dilaporkan.
Pemilik kapal tersebut, Norwegian Cruise Line dalam satu kenyataan memohon maaf kepada para penumpang.