Cari:
Dialog Shangri-La Berakhir
2015-06-01 15:37:24 CRI Cetak

Dialog Shangri-La ke-14 berakhir di Singapura semalam. Sejumlah besar perwakilan mengutuk tindakan yang membesar-besarkan percanggahan dan pertentangan. Menurut mereka, dialog tersebut merupakan wadah bagi pegawai pertahanan kanan dan sarjana pelbagai negara di rantau Asia Pasifik berbincang mengenai isu keselamatan. Wadah tersebut patut digunakan meningkatkan kepercayaan antara satu sama lain demi menyelesaikan masalah, namun bukan untuk membesar-besarkan percanggahan dan pertentangan.

Mantan Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, profesor dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Ei Sun Oh berkata, sejumlah perwakilan terlalu menfokuskan isu Laut China Selatan, tetapi mengabaikan masalah keganasan, kerjasama keselamatan dan bantuan kemanusiaan. Masalah-masalah tersebut juga perlu diberi perhatian yang serius.

Profesor dari Universiti Pertahanan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), Jin Yinan berkata, dialog tersebut perlu dijadikan wadah untuk menyelesaikan masalah, bukannya dijadikan medan memprovokasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China