Minggu Muzik China-ASEAN 2015 dirasmikan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi malam tadi. Beratus-ratus ahli muzik dari 10 negara anggota ASEAN, China, Eropah, AS dan Jepun berkumpul bersama-sama untuk bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman.
Pengarah Artistik Orkestra Simfoni Chiangmai, Chai Pruck Mekara berkata, muzik ASEAN mempunyai ciri yang unik dan akan mencetuskan idea yang luar biasa kepada ahli muzik untuk menghasilkan karya yang cemerlang pada masa depan.
Menurut Ketua Setiausaha Persatuan Muzik Kontemporari Antarabangsa, Arthur Vander, penggabungan kebudayaan unggul dari pelbagai negara, yang merupakan trend penciptaan karya muzik kontemporari, akan membantu menghasilkan lebih banyak karya popular yang hebat di seluruh dunia.