Ketua Setiausaha Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO), Wang Lei memaklumkan, pihaknya akan mengadakan pameran di Bangkok, Thailand pada 2 hingga 4 April nanti. Pameran ini merupakan pameran pertama CAEXPO di luar negera sejak ekspo tersebut ditubuhkan 11 tahun lalu, dengan tujuan untuk meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan antara satu sama lain.
Menurut Wang, seiring dengan penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA), CAEXPO juga perlu dinaiktarafkan. Pameran CAEXPO di luar negara menjadi bahagian yang penting dalam usaha menaiktarafkan CAEXPO.
Setakat 9 Mac lalu, 73 buah syarikat memohon untuk menyewa 151 buah gerai dalam pameran kali ini.