Sidang Pegawai Kanan Dialog dan Kerjasama Sungai Lancang-Mekong pertama diadakan di Beijing semalam. Pegawai kanan dari China, Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam menghadiri sidang tersebut. Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin berkata, membina mekanisme dialog dan kerjasama Sungai Lancang-Mekong, memelihara kedamaian dan kestabilan serta mendorong pembangunan dan kemakmuran subkawasan, sesuai dengan kepentingan bersama komuniti keenam-enam negara tersebut dan juga menjadi hasrat semua rakyat. Keenam-enam negara tersebut dikehendaki meningkatkan kerjasama politik dan keselamatan, memelihara kestabilan, memperkasakan kerjasama pragmatik, meningkatkan komunikasi dan sama-sama membina komuniti berkongsi masa depan.