Cari:
Jerayawara Usahawan Cina ASEAN ke-13
2015-06-05 16:19:19 CRI Cetak

Jerayawara Usahawan Cina ASEAN ke-13 akan diadakan di Kunming, provinsi Yunnan, China pada 11 hingga 12 Jun ini. Lebih 750 usahawan dan tokoh-tokoh dari persatuan perdagangan dan syarikat di 42 buah negara di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat akan menyertai jerayawara kali ini.

Sebanyak 126 gerai pameran tersedia dalam jerayawara yang berfokuskan pelan Satu Jalur Satu Laluan (OBAOR) ini. Lebih 160 badan, taman industri dan syarikat dari provinsi Yunnan dan Sichuan akan mempromosi lebih 700 projek untuk mempelawa pelabur asing dalam jerayawara kali ini. Selain itu, lebih 50 orang sarjana keturunan orang Cina yang terkemuka dari 11 buah negara termasuk AS, Kanada dan Jepun dijangka membawa 91 hasil pengajian sains dan teknologi untuk menyerlah dalam jerayawara berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China