Cari:
Ekspo Ekonomi OBAOR China-Malaysia
2015-06-30 14:20:36 CRI Cetak

Pameran Kerjasama Pelaburan dan Perdagangan Rentas Sempadan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) China-ASEAN dan Ekspo Ekonomi Satu Jalur Satu Laluan (OBAOR) diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Aktiviti tersebut anjuran bersama Bank of China (BOC) dan Persatuan Perdagangan China Malaysia. Ini merupakan destinasi pertama bagi BOC dalam pelaburan perkhidmatan bersama rentas sempadan PKS.

Menurut BOC, Malaysia dipilih sebagai destinasi yang pertama kerana negara tersebut merupakan rakan perdagangan yang terbesar bagi China di ASEAN. Hubungan ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara amat rapat. Selain itu, pihak berkuasa dan pertubuhan komersial dalam kalangan rakyat di Malaysia sangat menyokong perdagangan antara kedua-dua pihak.

Lebih 200 syarikat dari China, Malaysia, Thailand dan Singapura menyertai pameran pada kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China