Cari:
China Ambil Inisiatif Hadapi Perubahan Iklim
2015-07-01 14:40:17 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menemui Presiden Perancis, François Hollande semalam mengumumkan, pihaknya telah mengambil inisiatif dengan menggubal dokumen untuk menghadapi perubahan iklim. Dokumen itu telah diserahkan kepada sekretariat Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB.

Menurut beliau, China telah menetapkan sasaran menjelang tahun 2030, iaitu jumlah pelepasan karbon dioksida dijangka akan mencapai puncak dan jumlahnya bagi setiap unit Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan menurun antara 60 peratus hingga 65 peratus berbanding dengan tahun 2005.

Dokumen tersebut melibatkan mekanisme cara pengeluaran dan penggunaan, dasar ekonomi, inovasi sains dan teknologi serta kerjasama antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China