Presiden Singapura, Tony Tan Keng Yan dan isteri, Mary Chee Bee Kiang telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negara China pada 30 Jun yang lalu dan mendermakan lebih 300 jilid buku terbitan Singapura kepada perpustakaan tersebut.
Buku-buku tersebut merupakan karya sasterawan Singapura yang melibatkan pelbagai bidang di negara itu, dan dipercayai dapat membantu rakyat China mengetahui lebih banyak maklumat tentang Singapura.