Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) merasmikan laluan penerbangan dari Zhengzhou, China ke Sabah malam tadi. Ini kali pertama MAS mewujudkan laluan penerbangan yang menyambungkan kawasan pedalaman China untuk tujuan pelancongan.
Pesawat Boeing737-800 terpilih berkhidmat untuk laluan penerbangan Zhengzhou-Sabah yang diberi nombor penerbangan MH8887, dengan waktu berlepas dari Zhengzhou pada pukul 11.35 tengah malam dan tiba di Sabah pada pukul 4.00 pagi esok harinya.