Cari:
Kelantan Lantik Penasihat China Kembangkan Industri Halal
2015-07-03 15:18:18 CRI Cetak

Kerajaan negeri Kelatan, Malaysia baru-baru ini melantik Pengerusi Eksekutif Jawatankuasa Logistik Antarabangsa China-ASEAN, Xia Baowen dan Pengerusi Dewan Perniagaan Perdagangan Malaysia-China, Bong Hon Liong sebagai penasihat pembangunan ekonomi bagi negeri tersebut.

Kedua-dua penasihat tersebut akan bertugas untuk mengembangkan industri halal. Ini merupakan kali pertama Kelantan melantik penasihat ekonomi warga China.

Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya mengalu-alukan syarikat China melabur di negeri Kelantan. Pelantikan kedua-dua penasihat kali ini bertujuan untuk membina taman industri makanan halal bagi merangsang pertumbuhan industri makanan halal di Kelantan. Beliau yakin, langkah tersebut akan menarik lebih ramai pelabur dari China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China