Cari:
Wang Yi Menemui Dato' Sri Anifah
2015-02-24 12:39:40 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menemui rakan sejawatnya dari Malaysia, Dato' Sri Anifah Aman di New York semalam. Wang berkata, kedua-dua pihak telah bersama-sama menjayakan aktiviti memperingati ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik pada tahun yang lalu. Pemimpin kedua-dua negara terus mengekalkan komunikasi yang erat dan menunjukkan arah perkembangan hubungan kedua-dua negara. Wang berharap kedua-dua pihak meneruskan pertukaran di peringkat tinggi, memperkasakan kerjasama pragmatik, mendorong kerjasama dalam pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang serta pertukaran budaya.

China dengan teguh menyokong pembinaan Komuniti ASEAN serta peranan utama ASEAN dalam kerjasama serantau. China berharap agar Malaysia yang menjadi pengerusi bergilir ASEAN pada tahun ini memainkan peranan positif untuk meningkatkan hubungan antara China dengan ASEAN.

Dato' Sri Anifah pula berkata, Malaysia memberikan perhatian yang tinggi terhadap hubungan dengan China dan menganggap China sebagai rakan kerjasama strategik yang penting. Malaysia menyokong dan menyertai secara aktif pembinaan Laluan Sutera Maritim. Pihaknya bersedia untuk berperanan positif bagi mendorong kerjasama pragmatik antara ASEAN dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China