Cari:
Usahawan Malaysia Yakin Ekonomi China
2015-02-06 14:41:20 CRI Cetak

Majlis Temu Mesra Tahun Baharu Cina China-ASEAN telah diadakan di Beijing semalam. Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Farlim Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Lim Gait Tong ketika diwawancara berkata, pertumbuhan ekonomi yang mula perlahan di China tidak menjejaskan keyakinan usahawan Malaysia untuk melabur di negara ini.

Menurut beliau, strategi kerajaan China termasuk "satu jalur, satu laluan" memperlihatkan keazaman untuk membangunkan bahagian barat. Perkara ini memberikan isyarat yang penting kepada syarikat Malaysia yang hendak melabur di bahagian barat daya China. Kedua-dua pihak boleh memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk bidang pertanian.

Menurut statistik, Malaysia tetap menjadi rakan dagang yang terbesar bagi China dalam ASEAN bagi tempoh tujuh tahun yang lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China