Cari:
Rundingan Pertahanan China-Malaysia ke-2
2015-05-19 13:57:57 CRI Cetak

Rundingan Pertahanan dan Keselamatan China-Malaysia ke-2 diadakan di Beijing semalam. Timbalan Ketua Turus Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), Sun Jianguo dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang bersama-sama mempengerusikan rundingan tersebut, bertukar-tukar pendapat tentang situasi keselamatan serantau, hubungan antara tentera kedua-dua negara serta isu-isu lain yang diberikan perhatian bersama.

Sun berkata, Presiden Xi Jinping mengemukakan prakarsa untuk membina komuniti berkongsi masa depan dan mencipta masa depan baharu di Asia. Prakarsa tersebut mendapat sambutan yang baik daripada pelbagai pihak. China bersedia berusaha bersama-sama dengan negara-negara serantau termasuk Malaysia untuk menerokai laluan keselamatan Asia yang bersifat berkongsi dan saling menguntungkan.

Dato' Sri Rahim pula berkata, pihaknya komited mendorong kedamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau. Malaysia mementingkan komunikasi dan penyelarasan strategik dengan China dan bersedia meningkatkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China