Cari:
Vietnam dan Britain Tingkatkan Kerjasama
2015-07-30 14:32:43 CRI Cetak

Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung ditemui rakan sejawatnya dari Britain, David Cameron‎ di Hanoi semalam. Kedua-dua pihak menyatakan akan terus memperkasakan hubungan kerjasama dan rakan strategi. Ini merupakan kali pertama PM Britain melawat Vietnam sejak terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara pada tahun 1973. Kedua-dua pemimpin pula mengadakan rundingan tentang pelaburan, sains dan teknologi, perbankan, kewangan, latihan pendidikan serta pertahanan.

Cameron mengalu-alukan kejayaan rundingan antara Vietnam dengan Kesatuan Eropah (EU) tentang perjanjian perdagangan bebas. Menurutnya, kedua-dua pihak mempunyai ruang kerjasama yang besar dalam bidang perdagangan.

Nguyen Tan Dung pula berkata, pihaknya dan Britain akan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China