Sekretariat Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) semalam mengumumkan, Forum Datuk Bandar China-ASEAN kali pertama akan diadakan dalam tempoh CAEXPO ke-12. Simposium itu akan membincangkan pembinaan kesalinghubungan antara bandar di China dengan ASEAN.
Pegawai sekretariat tersebut, Xu Qin berkata, setelah China mengemukakan Satu Jalur, Satu Laluan (OBAOR), Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) telah dinaiktarafkan daripada "konsep" kepada "praktikal".
Nanning, kini selangkah demi selangkah menjadi bandar yang penting dalam pembangunan Komuniti Berkongsi Masa Depan China-ASEAN. Pembinaan kesalinghubungan serantau antara bandar di China dengan ASEAN telah menjadi trend yang positif.
Forum kali ini akan disertai datuk bandar, pakar dan sarjana dari China dan ASEAN.