Pusat Pendidikan Budaya dan Bahasa Mandarin China-ASEAN yang bertujuan untuk memperkasakan kerjasama dan pertukaran dalam bidang pendidikan dan kebudayaan antara China dengan negara-negara ASEAN dirasmikan di Institut Pengajian Antarabangsa Tianjin semalam.
Pusat itu dibina oleh Pusat China-ASEAN dan institut tersebut. Menurut perjanjian, pusat tersebut akan menyediakan kursus bahasa dan budaya China kepada pelajar dari ASEAN, dipomat ASEAN dan keluarga mereka, guru bahasa Mandarin di ASEAN serta syarikat dan usahawan yang menyertai pembinaan Satu Jalur Satu Laluan (OBAOR).