Pusat media sempena upacara memperingati ulang tahun ke-70 Kemenangan Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia mula beroperasi semalam.
Pusat tersebut menguruskan permit dan permohonan liputan untuk wartawan dari Hong Kong, Makau, Taiwan dan negara-negara asing.
Setakat ini, seramai lebih 3,700 orang wartawan tempatan dan lebih 1,500 wartawan asing telah berdaftar untuk membuat liputan upacara tersebut.