Cari:
Kenyataan Pengerusi Sidang EAS Positif
2015-11-24 12:49:33 CRI Cetak

Kenyataan pengerusi Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) amat positif dan mencerminkan komitmen pelbagai negara untuk meningkatkan kerjasama serantau dan menghadapi cabaran bersama-sama.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei semalam berkata, kenyataan tersebut juga adalah langkah seterusnya bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang.

Selain itu, kenyataan itu turut menegaskan usaha untuk memelihara kedamaian, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan serta melaksanakan secara komprehensif dan berkesan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC) dan memperkasakan perbincangan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC).

Semua pihak dalam sidang kali ini telah mencapai konsensus terhadap kenyataan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China