Cari:
Provokasi AS di Laut China Selatan
2015-11-27 12:42:21 CRI Cetak

Pelayaran di kawasan perairan Laut China Selatan adalah bebas.

Kapal dan pesawat Amerika Syarikat menceroboh dan menjalankan provokasi di kawasan perairan tersebut telah mengancam kedaulatan dan keselamatan China serta menjejaskan kedamaian dan kestabilan di kawasan tersebut.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Wu Qian semalam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan negara di kawasan maritim.

Ketika menyentuh sokongan Jepun terhadap rondaan kapal perang AS di 12 batu nautika sekitar terumbu di kawasan perairan kepulauan Nansha, Wu berkata, Jepun bukan negara penuntut dalam isu Laut China Selatan.

China tetap menentang negara-negara lain yang campur tangan dalam perselisihan isu Laut China Selatan, dan mendesak Jepun memelihara kedamaian serta kestabilan di Laut China Selatan dan membaiki hubungan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China