Cari:
Amaran Palsu Punca Pendaratan Cemas Pesawat AF
2015-12-21 15:55:00 CRI Cetak

Ketua Pengarah Syarikat Penerbangan Air France (AF), Frederic Gagey semalam berkata, pesawat AF melakukan pendaratan cemas di Kenya disebabkan terdapat amaran palsu.

Tiada bahan letupan atau bahan-bahan yang mengancam keselamatan penumpang ditemukan di dalam pesawat tersebut.

Menurut beliau, Lapangan Terbang Mauritius tidak mempunyai kelemahan dari segi pengawalan keselamatan.

Pesawat yang berlepas dari lapangan terbang tersebut akan meningkatkan langkah-langkah keselamatan pada masa akan datang.

Beberapa kotak kertas dan alat penentu masa yang dilihat mirip dengan benda bahaya ditemukan di dalam tandas pesawat tersebut.

Frederic Gagey berkata, tindakan tersebut jelaslah tindakan untuk memprovokasi syarikatnya.

AF akan menjalankan siasatan untuk menahan individu yang disyaki terlibat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China