Cari:
Perancis Jamin Keselamatan UNFCCC
2015-11-29 15:57:16 CRI Cetak

Presiden Perancis, Francois Hollande, ketika meninjau Stesen Kereta Api Utara Paris semalam, meminta pekerja stesen itu dan pihak polis berusaha menjamin keselamatan semasa berlangsungnya Persidangan Pihak Pemeterai ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC).

Menurut polis, sebahagian jalan di Paris akan ditutup bagi memudahkan perjalanan pemimpin negara-negara asing yang menghadiri persidangan tersebut.

Canselor Jerman, Angela Merkel semalam melahirkan harapan supaya perjanjian iklim baharu dapat dicapai dalam persidangan di Paris, sambil menyatakan bahawa perjanjian tersebut perlu termasuk mekanisme memeriksa keadaan pelaksanaan perjanjian berkenaan secara berkala.

Menurut beliau, selain sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau, pihak-pihak terlibat juga perlu mencapai satu perjanjian yang mengikat di sisi undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China