Cari:
Presiden Xi Lawat Mesir
2016-01-21 14:54:37 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping tiba di Kaherah semalam bagi mengadakan lawatan rasmi ke Mesir.

Beliau berkata, China dan Mesir merupakan dua buah negara yang bersejarah dan bertamadun.

Hubungan persahabatan antara rakyat kedua-dua negara sudah terjalin begitu lama.

Mesir menjadi negara Arab dan negara Afrika yang paling awal menjalinkan hubungan diplomatik dengan Republik Rakyat China.

Kedua-dua pihak sentiasa saling memahami dan menghormati serta saling mempercayai dan menyokong.

Hubungan dua hala antara kedua-dua negara berkembang dengan sihat dan stabil.

Ketika Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi melawat ke China pada Disember 2014, kedua-dua negara telah meningkatkan hubungan ke tahap rakan strategik komprehensif.

Langkah tersebut telah memperluas ruang kerjasama antara kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Xi turut bertukar-tukar pandangan dengan rakan sejawatnya dari Mesir tentang hubungan dua hala dan isu-isu yang perlu diberi perhatian bersama.

Mesir menjadi destinasi kedua dalam siri lawatan rasmi Presiden Xi ke Timur Tengah kali ini.

Setelah mengadakan lawatan ke Mesir, beliau akan bertolak ke Iran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China