Cari:
Menteri Kewangan, Gabenor Bank Pusat G20 Bermesyuarat di Shanghai
2016-02-27 17:40:13 CRI Cetak

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) yang pertama bagi tahun 2016 dirasmikan di Shanghai semalam.

Ini merupakan mesyuarat peringkat tinggi pertama yang diadakan di China sejak negara ini mengambil alih jawatan pengerusi G20 pada tahun 2016.

Menteri Kewangan China, Lou Jiwei dalam ucapannya pada upacara perasmian berkata, mesyuarat ini akan membuat persiapan dari segi kewangan dan monetari bagi Sidang Kemuncak G20 di Hangzhou. Para peserta akan mengadakan perbincangan tentang situasi ekonomi sejagat, rangka pertumbuhan, penyelarasan dasar pelbagai negara dan tadbir urus kewangan antarabangsa.

Menurut beliau, anggota-anggota G20 perlu memberikan perhatian yang tinggi terhadap risiko ekonomi dan kewangan jangka pendek, bertindak untuk menjamin pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh, berterusan dan seimbang, bekerjasama untuk menggalakkan pembaharuan struktur, memperkasakan kesalinghubungan infrastruktur, serta meningkatkan permintaan agregat sejagat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China