Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) yang berlangsung selama dua hari mengeluarkan satu kenyataan bersama sebelum ditutup di Shanghai semalam.
Menurut kenyataan tersebut, anggota-anggota G20 bersetuju untuk mengambil tindakan lebih proaktif bagi menangani cabaran ekonomi sejagat.
Para peserta mengadakan perbincangan tentang situasi ekonomi sejagat, rangka pertumbuhan, pelaburan dan infrastruktur, struktur kewangan antarabangsa, pembaharuan sektor kewangan, kerjasama percukaian antarabangsa serta pembiayaan untuk kempen memerangi keganasan, dan mencapai banyak kata sepakat.
Menteri Kewangan China, Lou Jiwei dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut berkata, pemulihan ekonomi dunia kurang seimbang pada ketika ini. China bersedia bersama-sama anggota G20 lain menggalakkan kemajuan dalam penerokaan saluran perkhidmatan kewangan demi meletakkan asas yang kukuh bagi sidang kemuncak G20 di Hangzhou nanti, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh, berterusan dan seimbang.