China dan Bank Pembangunan Baharu (NBD) BRICS menandatangani dokumen-dokumen mengenai ibu pejabat bank tersebut di Shanghai, semalam, yang menandakan selesainya prosedur perundangan sebelum bank berkenaan mula beroperasi.
Menteri Luar China, Wang Yi dan Presiden NBD, K.V. Kamath menandatangani perjanjian berkaitan, manakala Datuk Bandar Shanghai, Yang Xiong dan Kamath memeterai Memorandum Persefahaman tentang urusan berkenaan.
NBD merupakan pertubuhan antarabangsa antara kerajaan yang ditubuhkan pada Julai 2015 atas inisiatif lima anggota BRICS. Menurut Perjanjian Penubuhan NBD, bank itu beribu pejabat di Shanghai, China.