China akan melancarkan makmal angkasa lepas Tiangong-2 pada suku ketiga tahun ini, yang dijangka bercantum dengan sebuah kapal kargo yang dijadualkan dilancarkan pada setengah pertama tahun depan.
Jurucakap projek penerbangan kapal angkasa pembawa angkasawan China hari ini mengumumkan, China juga merancang untuk melancarkan kapal angkasa Shenzhou-11 yang membawa dua angkasawan pada suku keempat tahun ini bagi bercantum dengan Tiangong-2.
Selepas menjalani ujian penerbangan pertama di pusat pelancaran satelit Wenchang, provinsi Hainan, roket Long March-7 akan membawa kapal kargo Tianzhou-1 ke ruang angkasa lepas pada separuh pertama tahun depan untuk bercantum dengan Tiangong-2 dan melakukan uji kaji berkenaan.