Rencana yang bertopik "Memperkasakan Hubungan China-Czech" yang dibubuhi nama Presiden China, Xi Jinping yang bakal melawat Czech, diterbitkan akhbar Plavo Czech semalam.
Menurut Xi, China menjadi rakan dagang yang terbesar bagi Czech selain Kesatuan Eropah (EU) selama beberapa tahun berturut-turut. Manakala, Czech pula menjadi rakan dagang kedua terbesar bagi China di Eropah Tengah dan Timur. Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencatat USD 11 bilion (RM44.3 bilion) pada tahun 2015. Kerjasama antara kedua-dua negara dalam bidang tenaga elektrik nuklear, kewangan, penerbangan, sains dan teknologi serta pertanian amat berhasil dan taraf serta sekalanya semakin meningkat. Czech telah menjadi destinasi yang menarik bagi pelancong China. Pada tahun 2015, lebih 300 ribu pelancong China melawat negara itu.
Hubungan kedua-dua negara mempunyai peluang perkembangan yang baik. Presiden Xi berharap lawatannya kali ini akan memperkasakan hubungan bilateral kedua-dua negara.