Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkata, AS digesa berhati-hati tentang isu Laut China Selatan dan membina iklim yang baik bagi pihak-pihak terbabit secara langsung menyelesaikan perselisihan berkenaan melalui muafakat dan rundingan damai.
Naib Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken sebelum ini memberikan ucapan di Vietnam tentang isu Laut China Selatan. Menurutnya, China meningkatkan pembinaan ketenteraan di Laut China Selatan telah meruncing situasi di kawasan tersebut. Pihaknya akan terus menjalankan pelayaran dan penerbangan yang bebas di sebarang kawasan yang diizinkan mengikut undang-undang antarabangsa.
Bagaimanapun, Hua berkata, AS yang bukan pihak yang berkepentingan dalam isu Laut China Selatan, patut berhati-hati ketika bercakap dan bertindak supaya dapat memainkan peranan yang baik bagi kedamaian dan kestabilan di rantau ini.