Cari:
AS Digesa Henti Spekulasi Isu Laut China Selatan
2016-02-27 17:45:48 CRI Cetak

China menggesa tentera AS berhenti membuat spekulasi tentang isu Laut China Selatan.

Gesaan tersebut disuarakan melalui jurucakap Kementerian Luar, Hong Lei dalam sidang media di Beijing semalam.

Komander Markas Pasifik Amerika Syarikat (USPACOM), Harry Harris baru-baru ini mendakwa bahawa pihaknya bimbang akan kemungkinan China mewujudkan zon pengenalan pertahanan udara (ADIZ) di Laut China Selatan. Jika zon tersebut dibentuk, pihak AS akan mengabaikannya.

Hong Lei berkata, pegawai AS itu terus-menerus mengeluarkan kenyataan yang menghitamkan operasi China yang sah di Laut China Selatan, dengan niat untuk menunjuk-nunjuk kekuatan AS di perairan berkenaan.

Penempatan kemudahan pertahanan oleh China di Laut China Selatan bukan tindakan menenterakan perairan itu. Sama ada China akan mewujudkan ADIZ, bergantung pada sama ada keselamatan udara China terancam. Situasi di Laut China Selatan adalah stabil pada masa ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China