Lebih 100 orang pakar dari bidang penerbangan angkasa lepas berhimpun dalam satu simposium hari ini untuk menyambut Hari Penerbangan Angkasa Lepas yang pertama di China.
Simposium kali ini bertema "Tentera berganding bahu dengan sektor awam, bersama-sama menetapkan pelan penerbangan angkasa lepas membawa angkasawan dan pandu arah satelit".
Tugas penerbangan angkasa lepas akan dilaksanakan Makmal Pembawa Angkasawan China tahun ini yang juga akan menyaksikan pelancaran pelbagai roket dan kapal angkasa lepas yang berkenaan.