
Pertemuan antara Perdana Menteri China, Li Keqiang dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Igor Medvedev diadakan di Ulan Bator, Mongolia petang semalam. Li berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-15 Perjanjian Kerjasama Persahabatan Kejiranan China-Rusia. Pihaknya bersedia bersama-sama Rusia memperkukuh kepercayaan politik, memperdalam kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang serta memperkasakan komunikasi dan penyelarasan tentang hal ehwal serantau dan antarabangsa. Menurutnya, ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara yang saling melengkapi mempunyai masa depan yang cerah. Kedua-dua pihak perlu meningkatkan pelaburan antara satu sama lain, memperbaiki struktur perdagangan dan menyempurnakan perkhidmatan kewangan.

Medvedev pula berkata, kepercayaan politik antara kedua-dua negara berada dalam keadaan yang terbaik dalam sejarah. Rusia menyokong inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) China. Selain itu, Moscow menyokong Beijing untuk menyelesaikan pertikaian di Laut China Selatan melalui muafakat dan rundingan serta menentang tindakan yang mengantarabangsakan isu tersebut.








