Cari:
Rusia dan AS Bincang Gencatan Senjata Syria
2016-07-17 14:59:36 CRI Cetak

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov ditemui rakan sejawatnya dari Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan mengadakan rundingan pada 15 Julai yang lalu tentang gencatan senjata dan proses peralihan politik di Syria.

Dalam sidang media sesudah rundingan di Moscow, Lavrov berkata, kedua-dua negara dengan sebulat suara bersetuju untuk menggalakkan pihak-pihak yang terlibat mengadakan rundingan tentang pembaharuan politik dan proses peralihan. Menurutnya, masa depan Syria perlu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Tambahnya, Rusia dan AS bersetuju untuk terus membanteras pertubuhan keganasan termasuk Daesh di Syria serta menambah bantuan kemanusiaan kepada rakyat di negara itu.

Kerry pula berkata, kata sepakat yang dicapai antara AS dengan Rusia jika dapat dilaksanakan dengan benar-benar akan mengubah situasi di Syria. Memandangkan cara ketenteraan tidak dapat menyelesaikan krisis Syria, rundingan yang berdasarkan Perjanjian Geneva perlu diteruskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China