Cari:
IMG 2016 Rusia Bermula
2016-07-31 15:09:17 CRI Cetak

Upacara perasmian Pertandingan Ketenteraan Antarabangsa (IMG) 2016 anjuran Kementerian Pertahanan Rusia diadakan di pinggir Moscow pagi semalam. Skuad dari 18 negara termasuk Rusia, China dan Kazakhstan yang terdiri daripada lebih tiga ribu peserta akan bertanding dalam 23 acara yang berlangsung selama 15 hari.

Menteri pertahanan, Sergey Shoigu ketika merasmikan pertandingan tersebut berkata, IMG pertama yang diadakan pada tahun lalu telah menarik perhatian masyarakat antarabangsa. Jumlah acara yang ditawarkan kali ini menambah hampir sekali ganda berbanding tahun lalu. Para peserta akan menyelaraskan tindakan dalam persekitaran yang cukup rumit dan mencabar untuk menunjukkan kehebatan mereka.

Skuad China yang terdiri daripada 22 pasukan akan menyertai 17 acara kategori tentera darat, 2 acara kategori tentera laut dan 3 acara kategori angkatan udara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China