Cari:
PBB Puji Penglibatan China dalam Misi Pengaman
2016-09-09 16:02:19 CRI Cetak

Setiausaha Agung Rendah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Urusan Misi Pengaman, Hervé Ladsous semalam di London menyatakan bahawa tindakan China menyokong keputusan menyegerakan penempatan misi pengaman adalah amat penting.

Penglibatan China dalam misi pengaman telah menunjukkan keberanian dan kesungguhan China kepada masyarakat antarabangsa.

Selain menyokong keputusan tersebut, China akan menubuhkan pasukan pengaman siap sedia yang terdiri daripada lapan ribu askar, dengan sebahagian daripadanya akan ditempatkan dalam tempoh masa 60 hari.

Hervé Ladsous berkata, China menjadi negara yang menghantar pasukan pengaman paling ramai dalam kalangan negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.

Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon melalui jurucakapnya, mengalu-alukan perjanjian yang dicapai antara pelbagai pihak termasuk China dalam mesyuarat peringkat menteri misi pengaman PBB yang diadakan di London.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China