Cari:
Masyarakat Antarabangsa Kutuk Ujian Nuklear DPRK
2016-09-10 15:09:50 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam mengumumkan kejayaan ujian bom nuklear yang merupakan kali kelima sejak tahun 2006. Masyarakat antarabangsa turut mengutuk ujian DPRK tersebut dan menganggap tindakan tersebut membelakangi resolusi berkenaan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menjejaskan kestabilan dan keselamatan serantau.

Kerajaan Korea Selatan sekali lagi menuntut DPRK menghentikan sebarang penciptaan senjata nuklear dan peluru berpandu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov yang sedang menghadiri mesyuarat di Geneva tentang isu Syria turut menyatakan perhatian yang tinggi tentang perkara tersebut. Menurut mereka, resolusi Majlis Keselamatan perlu dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Masyarakat antarabangsa perlu memberikan isyarat yang tegas kepada DPRK.

Pemimpin Jepun, NATO, Kesatuan Eropah (EU), Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Perancis, Britain dan China turut menunjukkan perhatian yang tinggi dan membantah tindakan DPRK tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China